Lepas kena OPERATION!

Dari 6.30 pagi, aku kena jaga budak-nakal nakal dua orang ni kat hospital. Sorang je yang sakit, sorang lagi penyebok. Aku, kalau tak sebab ni adik-adik aku, jangan harap aku stay lama-lama kat hospital. Orang kata apa? Tak ada privacy, haha. Untung doktor-doktor and nurses yang keluar masuk wad adik aku ni tak bising time aku guna lappy kat sana.

Ni la, satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Masa ni, dia baru lepas operation. Ni kali kedua dia kena operate sebab.... (hanya family kami ja tahuu, ahha) First operation, masa dia tahun 2 kottt. Second operation, tahun 3. Sebab yang sama. 

Ni gambar-gambar dia masa dekat Taiping Medical Centre, tempat aku dan 3 orang lagi adik aku dilahirkan.
* Yang sakitnya, lelaki. Yang budak perempuan tu, al maklumlah, penyebokk tak bertempat.


Tengok muka dia. Tak larat nak tolak benda tu, sebab tu muka berkerut semacam ja. Alasan, tangan kena cucuk. Eh, aku pun pernah kena cucuk jugaklah masa kecik-kecik. Aku punya kes, lawak okay. Kes aku, pasal bateri jam. Taknak cerita, maluuuu :/


Ni la aku cakap ni, penyebokk tak bertempat. (Yang perempuan tu, adik last, Ummul Khairina. Yang laki tu, adik second last, Abdul Fahim Akmal) Mak aku tidur kat hospital, teman Fahim, dia pun nak ikot tidur kat hospital jugak. Teringin nak tidur kat hospital katanya :D


Okay, ayah aku terpaksa ulang alik dari tempat kerja sebab nak bagi makanan dekat kitaorang. Hospital cuma serve makanan dekat pesakit je, dekat pelawat atau penjaga tak punn, haha. Untung ayah aku kerja kat Taiping time ni. Asalnya, tempat kerja ayah aku kat Ipoh. Mungkin time ni, ayah aku ada kerja kat Taiping kott. Mak aku pulakk, ada test apa entahh kat office. So, tak dapat nak tengok-tengokkan. Sebabtu, aku yang kena jaga depa ni.


Dah lepas makan, main game pulakk. Satu-satunya cara nak bagi dia senyap and duduk diam-diam atas katil. Kalau tak, asyik nak jalan merata ja. Aku pulak tak bising sebab ada chocolate. Sebab banyakkan, aku senyap jelaa even itu untuk adik aku, haha.


Dia ni, bergaduh dengan budak india, anak pesakit sebelah katil adik aku. Budak tu pulakk asyik dok kacau adik aku je. Dia ni dahlah panas baran, mau kena pukul budak tu, HAHA. Tapi, aku pun rimas tengok budak tu, lagi orang larang, lagi tulah dia kacauu.


Akhirnya, dia keluar jugak hospital harini, jam 3 petang, 15 Disember 2011. 


* Ada sapa-sapa nak masuk hospital?
Boleh aku tolongg tengok-tengokkan :)