9 Cara Atasi Patah Hati

Confirm korang semua pernah rasa kan macam mana patah hati ni kan? HAHA. Okay, kat sini, aku just nak share apa yang aku baca dari majalah. Berterus terang ni k :)

  • PERCAYA PADA TAKDIR
Bila bekas kekasih memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri korang untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi. Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk korang. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk korang.
  • RELAKAN
Mencintai seseorang bererti korang harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan korang, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi korang. 
  • LUPAKAN
Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan korang walau atas alasan apapun, korang harus terus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata korang sibukkan diri dengan perlbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya. 
  • AMBIL HIKMAHNYA 
Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika korang memulakan hubungan baru, hal-hal seperti itu tidak berulang lagi.
  • BE NICE
Korang perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan sesiapapun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Korang pasti akan lebih dihargai oleh individu baru kelak.
  • JANGAN BERSENDIRIAN
Tangani masalah dengan bijak! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan hal yang aneh. Lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian. So, elakkan :)
  • BERSEDIA UNTUK ORANG BARU
Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengan dunia luar. Yakinkan diri korang untuk menjalinkan hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.
  • SERLAHKAN POTENSI DIRI
Wake up! Jangan biarkan diri korang terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri korang sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.
  • BERDOA DAN TAWAKAL :)
Serahkan segala-galanya pada kekuasaan Tuhan. Korang bakal menemui kedamaian saat korang mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.