Merajuk Sebab Tak Layan Dia

Menyampahlah dengan sorang laki ni. Oho, dia kata aku sombong sebab dah lama tak mesej dia?! (Eh, aku punya pasallah nak mesej kau ke takk. Aku punya kredit, sukahati akulah nak habiskan dekat sapapun.) Oh, bila awek dia dapat tahu yang dia mesej dengan aku, punca akulah pulak yang dipersalahkan. Yang dia, boleh senyap ja. Takott lettew. Lepastu, bila aku backup diri aku sendiri, dia cakap macam-macam pulakk. Siap tak mengaku lagii. (*Jangan jadi penakut sangat boleh tak? Kau buat salah ke wehh?) Sekarang ni, dah pandai pulakk nak merajuk bila aku tak penuhi permintaan dia. Eh, aku meluat tahu kalau laki suka merajuk kerap sangat ni. Pasal benda kecik pun, nak merajuk. Dulu, tak ada pulakk nak merajuk tanpa sebab. Ni pasal gambar je, nak merajuk. Tak layan je, nak merajukk. Tiap kali mesej je, minta gambar. Ingat aku apa? Girlfriend kau? Jaga hubungan tu elok-elok, cik abang. Kang dah retak, mai cari aku pulakk nak mengadu nasib. Alaa kesian. Bila aku terlibat sama, si girlfriend pulakk serang aku. Pulakkk?!


* Kalau kau merajuk, rupa dia macam ni, takpa jugakk. Adalah comel dia. Ish kau tu, pergi merajuk jauh-jauhlah. Malaslah aku nak pujukk. Tak minatt! And tak kuasa aku nak pujuk boyfriend orang ni.


So, kalau nak merajuk sangat, better kau merajuk macam dia ni.
Lalalalalalala :)
|
|
|
|
|
V

Sebabbbb, aku tak nampak muka kau! Happy :)

------Bad ending------


SEMOGA KAU BERBAHAGIA DENGAN SI DIA :)

9 Cara Atasi Patah Hati

Confirm korang semua pernah rasa kan macam mana patah hati ni kan? HAHA. Okay, kat sini, aku just nak share apa yang aku baca dari majalah. Berterus terang ni k :)

  • PERCAYA PADA TAKDIR
Bila bekas kekasih memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri korang untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi. Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk korang. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk korang.
  • RELAKAN
Mencintai seseorang bererti korang harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan korang, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi korang. 
  • LUPAKAN
Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan korang walau atas alasan apapun, korang harus terus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata korang sibukkan diri dengan perlbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya. 
  • AMBIL HIKMAHNYA 
Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika korang memulakan hubungan baru, hal-hal seperti itu tidak berulang lagi.
  • BE NICE
Korang perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan sesiapapun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Korang pasti akan lebih dihargai oleh individu baru kelak.
  • JANGAN BERSENDIRIAN
Tangani masalah dengan bijak! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan hal yang aneh. Lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian. So, elakkan :)
  • BERSEDIA UNTUK ORANG BARU
Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengan dunia luar. Yakinkan diri korang untuk menjalinkan hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.
  • SERLAHKAN POTENSI DIRI
Wake up! Jangan biarkan diri korang terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri korang sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.
  • BERDOA DAN TAWAKAL :)
Serahkan segala-galanya pada kekuasaan Tuhan. Korang bakal menemui kedamaian saat korang mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.